Saturday 26 May 2012

PENGENALAN


Perbadanan Kemajuan Multimedia (Bahasa Inggeris: Multimedia Development Corporation, singkatan: MDeC) ialah sebuah institusi milik kerajaan yang bertanggungjawab menguruskan Koridor Raya Multimedia (MSC Malaysia) sebagai kawasan industri dan perdagangan teknologi bertaraf dunia di Malaysia.
MDeC ditugaskan:

1)    Menarik pelabur ICT antarabangsa untuk mendirikan perniagaan di MSC Malaysia, sambil menyediakan bantuan teknikal dan pentadbiran
2)    Menjalinkan hubungan antara syarikat MSC tempatan
3)    Menarik bakat profesional ICT untuk bekerja di MSC Malaysia
4)    Menghubungkan operasi perniagaan baru dengan pekerja bermutu (melalui KWX)
5)    Menguruskan prasarana digital di kawasan MSC Malaysia (melalui MSC Technology Centre) dan keselamantan (melalui Trustgate)
6)    Menggalakkan pelaburan di perniagaan MSC Malaysia (melalui MSCVC)
7)    Menasihati kerajaan mengenai perkembangan undang-undang berkenaan teknologi
8)    Menyelenggara perkhidmatan perdagangan dan perumahan MSC Malaysia
9)    Membantu negara lain dalam Inisiatif ICT Kebangsaan melalui MSC Technology Centre

Lembaga pengarah MDeC merangkumi pelabur teknologi tersohor di Asia Tenggara, dan juga Ketua-ketua Setiausaha Perbendaharaan, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, danKementerian Tenaga, Air dan Komunikasi.

Multimedia Development Corporation (MDeC)
Ibu Pejabat MSC,
2360, Persiaran APEC,
63000 Cyberjaya,
Selangor
(03) 8315 8124
(03) 8315 3171
(03) 8315 3009




Menyokong pembangunan industri watan dan menggalakkan penglibatan secara langsung Industri Kecil Sederhana (IKS), Komuniti dan Industri.
Pencapaian:
  1. Tabung Pembangunan Kandungan (eContent Fund) dengan peruntukan RM150 juta (2006-2010). Sehingga penghujung 2007, 26 projek dengan jumlah peruntukan sebanyak RM18.7 juta telah diluluskan.
  2. Dana Strategik Untuk ICT (Strategic Funding for ICT) bertujuan untuk menyediakan geran dan insentif kepada pelabur-pelabur strategik terutamanya dalam mempertingkatkan perkembangan dan pertumbuhan syarikat-syarikat SSO tempatan.
  3. MSC Malaysia Research dan Development Grant Scheme (MGS) telah dimantapkan dan bertujuan meningkatkan harta intelek serta kepakaran teknologi serta menghasilkan produk-produk ICT yang inovatif melalui R&D. Sehingga penghujung 2007, sejumlah RM20.3 juta telah diluluskan.
  4. MSC Malaysia Pre-Seed Fund, di bawah Program Pembangunan Teknousahawan MSC Malaysia, memperuntukan geran RM150,000 kepada individu berkumpulan untuk menghasilkan pelan perniagaan dan prototaip. Sejumlah RM14.2 juta telah diluluskan di bawah dana ini.
  5. Skim Geran Aplikasi Penunjuk Cara (Demonstrator Application Grant Scheme, DAGS) menyediakan dana projek jangka pendek yang disasarkan kepada penciptaan, pembangunan dan promosi aplikasi baru ICT di peringkat komuniti. Peruntukan RM100 juta telah disediakan oleh pihak kerajaan di bawah skim ini dengan tujuan memberi peluang kepada badan bukan kerajaan, individu, syarikat dan komuniti untuk mengaplikasikan ICT bagi mempertingkatkan kualiti hidup. Sejumlah RM14.9 juta telah diluluskan bagi sembilan projek sehingga penghujung 2007.
Sumber : Bahagian Dasar ICT


Dana dan Khidmat Nasihat bagi Perusahaan Kecil dan Sederhana

1.    Research and Development Grant Scheme
MSC Malaysia Research and Development Grant Scheme (MGS)
Multimedia Development Corporation (MDeC)

2.    MSC Malaysia Innovation Voucher

3.    Intellectual Property Grant Scheme

4.    MAC3 Funding
MAC3(Malaysia Animation Creative Content Center) Co-production Fund